Gerakan Koperasi | Tawar enam barangan asas lebih murah di seluruh negara

2022-07-21 0

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi secara prinsip bersetuju membenarkan gerakan koperasi di seluruh negara bagi menawarkan enam barangan keperluan asas dengan harga lebih murah berbanding pasaran.

Barangan tersebut adalah dalam senarai skim kawalan harga termasuk ayam, gula, serta minyak masak.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, mekanisme itu melibatkan ribuan kedai koperasi yang mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk mengedarkan produk-produk keperluan.